Kerajaan perlu menetapkan harga minyak masak botol tidak bersubsidi secara konsisten, jika tidak mahu melihat kenaikan harga makanan popular seperti roti canai atau pisang goreng.<br /><br />Segelintir peniaga yang ditemui sekitar Butterworth, Pulau Pinang memaklumkan, harga minyak masak botol tidak dikawal jejaskan peniaga kecil kerana keuntungan tidak seberapa.